Tinjauan

Berapa kerapkah saya menerima jemputan tinjauan dari Ipsos iSay?

Anda boleh memilih bagaimana anda mahu menerima notifikasi tentang tinjauan yang tersedia dengan mengemas kini tetapan pilihan notifikasi anda. Untuk berbuat demikian, log masuk ke akaun anda dan pergi ke tab Profil Saya dan klik pada Kemas kini Pilihan Notifikasi. Anda boleh memilih untuk dimaklumkan melalui e-mel, aplikasi dan pemberitahuan penyemak imbas atau teks mesej SMS apabila anda mempunyai tinjauan yang tersedia.

Adakah Ipsos iSay mempunyai aplikasi mudah alih?

Ya! Kami mempunyai aplikasi yang tersedia untuk peranti iOS dan Android. Muat turun dari App Store atau Google Play.

Cara menerima mata saya atau ganjaran lain kerana menjawab tinjauan?

Semasa anda menjawab tinjauan, sistem kami akan mengira mata yang anda peroleh setelah anda menyelesaikan tinjauan sepenuhnya. Bagi kebanyakan tinjauan, mata akan ditambahkan ke Baki Akaun anda secara automatik dalam beberapa minit selepas tinjauan selesai.

Mengapakah mata tinjauan yang baru sahaja saya selesaikan tidak tunjukkan dalam Baki Akaun saya?

Bagi kebanyakan tinjauan, mata akan ditambahkan ke Baki Akaun anda secara automatik dalam beberapa minit selepas tinjauan selesai.

Walau bagaimanapun, mungkin terdapat beberapa keadaan apabila mata untuk tinjauan yang baru selesai tidak segera muncul dalam Baki Akaun anda. Ini mungkin disebabkan oleh spesifik kajian atau masalah teknikal sekali-sekala. Dalam kes seperti ini, mata akan dikreditkan kemudian. Bahkan ia mungkin diperlukan beberapa hari setelah tinjauan selesai untuk melihat mata dalam Baki Akaun anda.

Apabila saya mengklik pada pautan tinjauan dari e-mel jemputan saya, saya tidak dapat menyambung ke tinjauan tersebut. Apakah yang perlu saya lakukan?

  • Jika mengklik pada pautan tidak berfungsi, salin dan tampal pautan ke dalam pelayar anda.
  • Pautan mungkin terpotong menjadi dua baris atau lebih. Jika demikian, anda mungkin perlu salin dan tampal setiap baris secara berasingan.
  • Cuba akses tinjauan daripada peranti yang lain atau dalam pelayar web yang berbeza. Sila ambil maklum bahawa sambungan penyemak imbas, perisian keselamatan yang berbeza atau penyelesaian VPN mungkin menyekat pautan tinjauan kami atau kandungan halaman tinjauan.
  • Jika anda masih tidak dapat mengakses tinjauan, sila Hubungi Kami.

Apakah yang harus saya lakukan jika saya mengalami kesukaran atau masalah teknikal semasa membuat tinjauan?

Jika anda mengalami kesukaran dengan mana-mana bahagian tinjauan, sila gunakan borang Hubungi Kami dan berikan penjelasan ringkas mengenai masalah tersebut. Sila sertakan maklumat sebanyak yang boleh.

Jika anda masuk ke tinjauan daripada papan pemuka anda, sila berikan kepada kami nombor tinjauan - ianya adalah 6 digit nombor yang terdapat pada senarai tinjauan tersedia dalam akaun Ipsos iSay anda. Anda boleh mengenal pasti ia dengan mencari tarikh anda melengkapkan tinjauan itu.

Jika anda masuk ke tinjauan daripada sebuah jemputan e-mel, sila sertakan sebarang maklumat yang mungkin membantu kami untuk mengenal pasti tinjauan tersebut, seperti tarikh dan jam berapa anda melengkapkannya dan topik tinjauan tersebut.

Jika boleh, sila sertakan juga tangkapan skrin ralat yang dipaparkan pada halaman (jika berkenaan) supaya kami dapat menyiasat isu ini dengan lebih lanjut. Kami akan semak isu tersebut dan kembali kepada anda secepat mungkin.

Mengapa saya tidak dapat masukkan semula ke dalam tinjauan selepas saya keluar?

Jika anda keluar dari tinjauan tanpa menyelesaikan ia sepenuhnya dengan apa alasan sekali pun, anda mungkin tidak akan dibawa ke tinjauan yang sama sekali lagi. Walau bagaimanapun, kami akan mencari tinjauan baharu yang berpotensi menjadi padanan terbaik

Mengapakah beberapa tinjauan berakhir atau menendang saya lebih awal?

Banyak tinjauan mencari ciri-ciri tertentu yang mungkin atau mungkin tidak berkaitan dengan anda. Walaupun ini mengecewakan, mengakhiri tinjauan lebih awal memastikan bahawa kami tidak membuang masa anda.

Beberapa tinjauan juga mencari sebilangan responden daripada kumpulan demografi tertentu. Apabila tinjauan berakhir lebih awal untuk anda, itu bererti bahawa kami sudah mempunyai jumlah responden yang diperlukan daripada kumpulan demografi anda.

Bagaimanakah saya boleh tahu jumlah tinjauan yang saya telah jawab?

Untuk memeriksa sejarah tinjauan anda, daftar masuk dan klik pada Baki Mata anda di bahagian atas halaman - ia kelihatan seperti nombor dengan bintang kuning di sebelahnya. Di sana anda akan menemui semua maklumat mengenai mata yang anda peroleh dan tinjauan yang telah anda jawab.

Mengapakah tinjauan yang telah saya lengkapkan masih muncul di Papan Pemuka saya?

Ada kalanya sistem memerlukan waktu lebih lama berbanding biasa untuk mengubah status tinjauan yang ditunjukkan di papan pemuka anda. Ini mungkin disebabkan oleh jumlah trafik di laman web kami atau masalah yang berkaitan dengan projek tertentu.

Peranti manakah (desktop, mudah alih, dll.) yang saya perlu gunakan untuk menjawab tinjauan?

Laman web kami serasi dengan semua peranti, termasuk komputer, telefon pintar dan tablet. Sebilangan besar tinjauan kami boleh dijawab dari desktop atau peranti mudah alih.

Tinjauan tertentu mungkin diperlukan untuk dilakukan di desktop atau mudah alih sahaja. Jika anda menghadapi kesukaran untuk mengakses tinjauan dari peranti tertentu, cuba lakukannya di salah satu peranti anda yang lain.

Bolehkah saya berhenti melanggan e-mel jemputan tinjauan?

Ya, jika anda tidak lagi ingin menerima jemputan tinjauan biasa tetapi mahu terus mengambil tinjauan dengan Ipsos iSay, anda boleh klik pilihan berhenti melanggan di bahagian bawah jemputan kami. Anda masih akan menerima jemputan mengambil bahagian dalam peluang kajian tertentu jika tersedia.

Bagaimanakah saya boleh memastikan saya menerima semua e-mel daripada Ipsos iSay?

Terdapat beberapa langkah mudah yang anda boleh ikuti untuk memastikan anda tidak terlepas sebarang peluang kajian. Bergantung pada pembekal perkhidmatan e-mel anda (Gmail, Outlook, Yahoo Mail, dll), anda boleh menambahkan alamat e-mel kami pada senarai Kenalan atau Pengirim Selamat anda atau pindahkan e-mel kami ke Tab Utama anda.

Saya mempunyai akaun Gmail dan saya tidak menerima sebarang e-mel daripada Ipsos iSay. Apa yang boleh saya buat?

Jika anda tidak menemui sebarang e-mel daripada Ipsos iSay di dalam peti masuk Gmail anda, semak tab Promosi dan folder Spam anda. Untuk memastikan anda tidak terlepas peluang kajian, anda boleh memindahkan semua e-mel daripada Ipsos iSay ke tab Utama anda atau menambah kami ke senarai kenalan anda. Berikut cara melakukannya:

Pindahkan e-mel daripada tab Promosi ke tab Utama

  1. 1. Buka akaun Gmail anda dan pergi ke peti masuk.
  2. 2. Di bahagian atas halaman, anda akan melihat tiga tab: Utama, Sosial dan Promosi.
  3. 3. Klik pada Promosi dan skrol sehingga anda jumpa e-mel daripada Ipsos iSay.
  4. 4. Tarik dan lepaskan e-mel tersebut ke tab Utama.
  5. 5. Sebuah tetingkap akan muncul di bahagian bawah halaman, bertanya sama ada anda ingin melakukan perkara yang sama untuk semua mesej akan datang. Klik Ya.

Menambahkan Ipsos iSay ke senarai Kenalan anda:

  1. 1. Pada komputer anda, buka akaun Gmail anda dan taip Ipsos iSay pada bar carian.
  2. 2. Gerakkan kursor anda pada nama Pengirim (Ipsos iSay) tanpa mengklik padanya.
  3. 3. Sebuah tetingkap kecil akan muncul bersama ikon Tambah pada kenalan di bahagian penjuru atas sebelah kanan. Klik ikon Tambah pada kenalan.