Aplikasi Mudah Alih

Apakah aplikasi Ipsos iSay?

Aplikasi mudah alih kami memberikan anda akses mudah ke komuniti ganjaran tinjauan dalam talian kami dari telefon pintar anda. Jawab tinjauan, dapatkan mata, dan pilih ganjaran yang sesuai untuk anda, dari mana sahaja pada bila-bila masa!

  • Dapatkan paparan notifikasi segera apabila tinjauan baharu tersedia untuk anda
  • Jawab tinjauan dan dapatkan ganjaran dari mana-mana sahaja
  • Makluman dan pilihan yang boleh disesuaikan

Aplikasi Ipsos iSay boleh didapati untuk telefon pintar iOS dan Android. Aplikasi ini boleh dimuat turun di App Store untuk pengguna iPhone iOS atau di Google Play untuk pengguna telefon Android.

Adakah aplikasi ini akan menghabiskan bateri saya?

Aplikasi ini hanya akan memberi kesan minimum pada bateri telefon anda semasa anda menggunakannya.

Adakah aplikasi ini disambungkan ke dalam talian?

Ya. Aplikasi akan disambungkan ke dalam talian untuk mengesahkan maklumat log masuk anda. Ia juga disambungkan dalam talian untuk mengakses kandungan yang berkaitan dengan akaun Ipsos iSay anda, seperti tinjauan yang dijawab dan mata yang diperoleh.

Adakah saya perlu membayar?

Aplikasi ini percuma untuk dimuat turun. Selagi pakej telefon bimbit anda termasuk elaun data, anda tidak akan dikenakan bayaran untuk memuat turun atau menggunakan aplikasi tersebut. (Jika data tidak termasuk dalam pakej mudah alih anda, anda akan dikenakan bayaran oleh penyedia rangkaian anda ketika aplikasi mengakses Internet.)

Bagaimanakah cara saya memasang aplikasi?

Aplikasi ini boleh dimuat turun di App Store untuk pengguna iPhone iOS atau di Google Play untuk pengguna telefon Android. Aplikasi ini boleh digunakan pada perisian mudah alih yang beroperasi pada iOS 12.0 dan lebih tinggi, atau Android 8.0 dan lebih tinggi.

Ikuti langkah mudah ini untuk memuat turun aplikasi:

Pengguna iOS

  1. Pergi ke App Store
  2. Taipkan “Ipsos iSay” dalam bar carian
  3. Ketik butang “Dapatkan” untuk memasang

Android

  1. Pergi ke Google Play store
  2. Pergi ke bahagian Aplikasi
  3. Taipkan “Ipsos iSay” dalam bar carian
  4. Ketik butang “Pasang”

Apakah syarat minimum sistem untuk menggunakan aplikasi ini?

Setakat September 2021, syarat minimum adalah:

  • iOS: Memerlukan iOS 12.0 atau lebih baru
  • Android: Memerlukan Android 8.0 atau lebih baru

Harap maklum bahawa syarat ini boleh berubah apabila kami terus menambahkan ciri-ciri baharu. Anda sentiasa dapat memeriksa saiz semasa pada laman aplikasi kami di App Store atau Google Play.

Bagaimanakah cara untuk log masuk ke aplikasi Ipsos iSay?

Buka aplikasi pada peranti anda dan masukkan alamat e-mel dan kata laluan yang berkaitan dengan Keahlian Ipsos iSay anda. Kemudian ketik butang “Log masuk”.

Berapa banyakkah ruang yang akan digunakan oleh aplikasi ini pada telefon saya?

Aplikasi Ipsos iSay hanya menggunakan storan tempatan anda sebanyak 16 MB untuk Android dan 48 MB untuk iOS dan menyimpan data tambahan minimum.

Harap maklum, maklumat ini sah setakat September 2021. Saiz aplikasi boleh berubah apabila kami terus menambahkan ciri-ciri baharu. Anda sentiasa dapat memeriksa saiz semasa pada laman aplikasi kami di App Store atau Google Play.

Adakah aplikasi ini menggunakan pelan data saya?

Aplikasi ini akan menggunakan sebahagian kecil data anda. Aplikasi ini tidak menggunakan data semasa dibuka di latar belakang kerana ia menggunakan perkhidmatan sistem operasi untuk pemberitahuan. Kami juga mengesyorkan untuk menggunakan aplikasi ini sambil mengakses Internet menggunakan sambungan Wi-Fi jika anda memilih mengelakkan penggunaan pelan data anda.

Bagaimana saya dapat memeriksa jumlah data yang digunakan oleh aplikasi Ipsos iSay?

Android

  1. Buka menu Tetapan pada peranti anda.
  2. Di bawah Wayarles & rangkaian, ketik Penggunaan data.
  3. Anda dapat melihat berapa banyak data yang digunakan aplikasi Ipsos iSay di bawah graf. Aplikasi ini disenaraikan mengikut turutan jumlah data yang mereka gunakan, jadi anda mungkin perlu menatal untuk mencarinya.

iOS

  1. Pergi ke Tetapan > Selular, kemudian ketik Data Selular.
  2. Tatal untuk mencari Ipsos iSay dan lihat berapa banyak data yang telah digunakan oleh aplikasi.
  3. Anda mempunyai pilihan untuk menukar togol ke “matikan,”, maka iPhone anda hanya akan menggunakan Wi-Fi untuk aplikasi Ipsos iSay.

Adakah aplikasi ini menjejak lokasi saya atau penggunaan telefon saya?

Aplikasi Ipsos iSay tidak menjejak lokasi anda dan juga penggunaan telefon anda. Jika kami akan memperkenalkan ciri-ciri ini di masa depan, ia hanya akan dilakukan dengan persetujuan anda dan penjelasan yang tepat tentang cara kami ingin menggunakan data itu.

Cara untuk memadam / menyahpasang aplikasi?

Android

Untuk menyahpasang aplikasi ini, seret ikon aplikasi dari menu (bukan skrin utama) ke bahagian skrin yang tertera "Uninstall" dan menjatuhkannya di sana.

iOS

Ketik dan tahan ikon aplikasi Ipsos iSay pada Skrin utama sehingga ikon bergoyang, kemudian ketik “X” untuk memadamkannya.

Nota: Memadamkan aplikasi Ipsos iSay juga akan menghapus datanya yang tersimpan, tetapi ia tidak akan menamatkan akaun Ipsos iSay anda. Anda sentiasa boleh memuat turun aplikasi Ipsos iSay pada masa akan datang.