Apabila berkaitan dengan Internet, kita faham bahawa ada banyak perkara yang boleh membimbangkan. Di sini di Ipsos iSay, kita terbuka mengenai apa yang kita lakukan, apa yang tidak kita lakukan, dan apabila kita melakukan kesalahan. Berikut adalah beberapa soalan dan kebimbangan umum yang kami terima daripada ahli.
Jika anda tidak mahu menjual apa-apa kepada saya, mengapa anda terus bertanya jika saya berhasrat mahu membeli sesuatu?
Soalan tinjauan seperti "Adakah anda berniat untuk membeli produk ini" bertujuan untuk mengetahui jenis orang yang berminat dengan sesuatu produk. Contohnya, kami sudah tahu lelaki lebih cenderung mahu membeli alat memotong misai dan wanita lebih cenderung mahu membeli pemanas kerinting rambut. Tetapi, kadangkala sukar untuk mengetahui jenis individu yang berminat dengan produk tertentu yang lain, jadi sebab itulah kami bertanya.
Kami TIDAK AKAN menjual apa-apa produk kepada anda!
Saya rasa Ipsos iSay mengecaj kad kredit saya! Bagaimana ia berlaku?
Ipsos iSay tidak pernah meminta maklumat kad kredit anda dan kami tidak pernah mengenakan bayaran untuk keahlian. Ipsos iSay boleh disertai secara percuma dan semua ahli bebas menjawab tinjauan. Jika anda melihat nama Ipsos iSay pada bil kad kredit anda, maka ia sudah pasti caj penipuan, yang berasal dari orang lain selain Ipsos iSay. Sila Hubungi Kami dan maklumkan syarikat kad kredit anda dengan segera.
Mengapa saya mendapat spam selepas mendaftar dengan Ipsos iSay?
Ipsos iSay tidak pernah berkongsi alamat e-mel anda dengan mana-mana pihak. – dijamin 100%. Kami berdaftar dengan Habeas dan TRUSTe, dua organisasi pematuhan e-mel terkemuka, serta organisasi penyelidikan pasaran global terkemuka, termasuk Casro, ESOMAR, MRA, dan MRIA. Perniagaan kami bergantung kepada proses e-mel yang telah diakreditasikan. Kami tidak akan sesekali menghantar spam dan kami tidak menjual atau berkongsi senarai kenalan kami.
Saya tidak pernah mendapat ganjaran yang saya pesan. Apa yang sedang berlaku?
Walaupun sebahagian besar hadiah maya kami dihantar dengan serta-merta, dalam kes tertentu, penghantaran mungkin memakan masa lebih lama. Jika anda telah menunggu lebih lama setelah membuat pesanan, sila Hubungi Kami supaya kami dapat melihat lebih lanjut mengenai masalah ini.
Mengapakah saya masih mendapat e-mel walaupun saya telah menghentikan keahlian saya beberapa ketika yang lalu?
Anda akan berhenti menerima e-mel dari Ipsos iSay dalam tempoh 5 hari menamatkan keahlian anda. Jika anda masih menerima e-mel selepas tempoh tersebut, mungkin disebabkan anda telah berdaftar menggunakan e-mel yang berbeza. Sila semak e-mel terkini yang anda terima daripada Ipsos iSay untuk melihat ke alamat mana ia dihantar, dan seterusnya meminta penghentian keahlian anda dengan alamat itu. Jika anda terus menerima tinjauan lebih dari 5 hari setelah anda menamatkan keahlian anda, sila Hubungi Kami
Saya dijanjikan bahawa saya akan membuat banyak wang dengan menjawab tinjauan, tetapi saya belum membuat banyak wang. Mengapa?
Jika anda dijanjikan akan dapat banyak wang untuk menjawab tinjauan, tawaran tersebut tidak datang daripada Ipsos iSay dan ia tidak sah. Sebagai ahli Ipsos iSay (dan kebanyakan syarikat penyelidikan pasaran yang sah) anda tidak akan mendapat wang yang banyak kerana menjawab tinjauan, tetapi anda akan mendapat ganjaran yang menyeronokkan dan pendapat anda akan didengar oleh pembuat keputusan peringkat tertinggi.
Saya dijanjikan pembayaran atau ganjaran kerana menyertai, tetapi saya tidak pernah menerimanya. Apa yang terjadi?
Sesetengah ahli yang menyertai Ipsos iSay mungkin telah dirujuk kepada kami dari laman web pihak ketiga yang menjanjikan pembayaran untuk menyertai Ipsos iSay. Bayaran tersebut adalah tanggungjawab pihak yang menjanjikannya. Ipsos iSay tidak menawarkan pembayaran hanya kerana menyertai. Jika anda mengharapkan bayaran dan tidak menerimanya, sila hubungi pihak yang menjanjikannya.
Ipsos iSay menjemput saya untuk menyertai dengan menghantar e-mel spam. Bagaimana anda mendapatkan maklumat hubungan saya?
Ipsos iSay tidak pernah menghantar e-mel yang tidak diminta. Anda mungkin berada dalam senarai kenalan dengan salah satu penyedia gabungan kami, jadi anda mungkin telah menerima jemputan untuk menyertai Ipsos iSay melalui mereka. Sebagai sebuah syarikat penyelidikan dalam talian, kami bekerjasama dengan pelbagai pembekal yang menggunakan kaedah pilih masuk e-mel tunggal dan pilih masuk e-mel dua kali untuk memperluaskan panel kami dan memastikan perwakilan mengikut negara.
Jika anda tidak berminat untuk menyertai Ipsos iSay, sila klik pautan berhenti langganan di akhir jemputan yang anda terima dan kami tidak akan menghantar jemputan untuk menyertai komuniti kami lagi. Harap maklum bahawa ini mungkin tidak menghalang sebilangan penyedia kami daripada menghantar jemputan kepada anda.
Mengapakah saya selalu di saring keluar atau tidak layak menyertai tinjauan?
Banyak tinjauan mencari ciri-ciri tertentu yang mungkin atau mungkin tidak berkaitan dengan anda. Disaring keluar atau tidak memenuhi syarat pada tahap awal tinjauan memastikan bahawa kami tidak membuang masa anda untuk mengikuti keseluruhan tinjauan.
Beberapa tinjauan juga mencari sebilangan responden daripada kumpulan demografi tertentu. Apabila tinjauan berakhir lebih awal untuk anda, itu bererti bahawa kami sudah mempunyai jumlah responden yang diperlukan daripada kumpulan demografi anda.